Dollar CAD meningkat sedikit lebih 75 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3095 sebelum menutup sekitar paras 1.3090; setelah kejatuhan harga minyak terus melemahkan dolar Kanada. Sebelum daripada itu Loonie mendapat permintaan apabila bank pusat China menurunkan nilai yuan pada awal minggu lepas, dan kemudian melemah semula dengan ketara apabila dolar AS menguat.
Loonie dijangka jatuh lagi ekoran prospek harga komoditi dan pendekatan polisi yang berbeza dari Bank of Kanada dan Federal Reserve. Dalam skim makro global, kita boleh menjangkakan pergerakan pasaran, terutama dalam tempoh terdekat. Apa-apa kejutan seperti kejatuhan nilai yuan, yang awalnya mencetuskan kejatuhan dalam saham dan mata wang tertentu, ianya cenderung untuk mengeruhkan pasaran, dan menolak pelabur kepada aset yang lebih selamat seperti dolar AS.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni