Dollar CAD yang meningkat lebih 70 pips sepanjang sesi pagi New York Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3370, jatuh semula lebih rendah dari pembukaan pada lewat petangnya dan menutup sekitar paras 1.3300; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian sebelum pasaran menutup untuk hujung minggu Jumaat esok.
Dalam satu simposium selepas siaran minit mesyuarat FOMC semalam, bersama Presiden Feds New York William Dudley dan Presiden Feds Cleveland Loretta Mester, Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart mengatakan bahawa, gangguan dalam pasaran kewangan global telah cukup reda untuk Federal Reserve AS mempertimbangkan kenaikan kadar pada bulan Disember ini. Penanda aras Kadar Dana Persekutuan Feds telah kekal pada paras semasa antara sifar dan 0.25% selama hampir tujuh tahun sejak Disember 2008.
[adrotate group=”6″]
Encik Dennis Lockhart berkata “Saya selesa untuk bergerak dari sifar tidak lama lagi, dengan syarat tiada kemerosotan ketara dalam keadaan ekonomi, dan saya percaya ia adalah wajar untuk memulakan fasa dasar baru tidak lama lagi.” Puan Loretta Mester pula mengulangi pandangannya bahawa keadaan ekonomi AS sudah bertambah baik dan cukup kuat untuk menghadapi kenaikan kadar yang sederhana. Walaupun beliau tidak layak mengundi dalam mesyuarat FOMC Disember ini, beliau akan mendapatkan semula undiannya dalam mesyuarat selanjutnya.