Dollar CAD melonjak lebih 135 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3260 sebelum menutup sekitar paras 1.3255; setelah para pedagang melihat dengan teliti pada ekonomi Kanada yang bermasalah dan kemungkinan ia jatuh ke dalam kemelesetan.
Dolar Kanada lemah berbanding dolar AS pada ketika harga minyak mentah yang tidak menentu. Harga minyak merosot selepas melakukan kenaikan tiga hari terbesar dalam tempoh enam tahun pada minggu lalu, ekoran kebimbangan yang muncul semula terhadap bekalan yang berlebihan dan kelembapan ekonomi China.
[adrotate group=”6″]
Loonie boleh jatuh menghampiri 70 sen AS pada bulan-bulan akan datang, terkesan dari kombinasi suram data ekonomi Kanada baru-baru ini dan penurunan kadar dari Bank of Canada minggu lalu, menurut Gareth Watson, naib presiden pengurusan pelaburan dan penyelidikan di Richardson GMP Ltd.
“Dua perkara tersebut benar-benar akan mendorong pergerakan mata wang Kanada dalam jangka pendek,” katanya. “Ia adalah sukar untuk mencari pemangkin positif bagi mendapatkan kembali kadar tukaran 80 sen AS atau lebih.” Harga minyak mentah menghadapi kemelut yang sama selepas kedudukan terkini daripada kerajaan Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa lebihan bekalan minyak tidak disangka-sangka meningkat minggu lepas.