Dollar CAD susut lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.3285 sebelum menutup sekitar paras 1.3300; setelah Loonie mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak dan emas semalam. Pada masa yang sama, pasaran Ameriak Utara mula mengambil untung belian sempena cuti “Thanksgiving” esok. Pasaran saham China lembap semalam, apabila pasaran dikejutkan dengan berita pesawat Russia yang ditembak Turki. Risiko geo-politik menyebabkan para pelabur lari mencari aset ‘safe-haven’ seperti emas.
Pasaran saham Hong Kong juga lemah; terkesan daripada kejatuhan pasaran global di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dunia dan pergolakan di timur tengah. Sentimen lemah itu telah merebak ke bahagian-bahagian lain pasaran, yang telah menghadapi tekanan pembetulan selepas melantun lebih 20% daripada paras terendah Ogos lalu, semasa kejatuhan pasaran musim panas. Kebimbangan dari China kekal sebagai tumpuan utama pasaran yang memberati sepenuhnya mata wang berasaskan komoditi seperti Loonie.
[adrotate group=”6″]
Dollar AS telah kembali semula untuk memecahkan kembali paras 1.34 dalam dagangan awal pagi semalam. Selain tekanan ini, pelabur memerhatikan kekuatan umum Dollar AS menjelang cuti ‘Thanksgiving” Khamis ini. Pemandu utama adalah kepercayaan Ahli FOMC John Williams bahawa terdapat sebab kukuh untuk kenaikan kadar pada bulan Disember ini, jika data terus menyokong Feds. Laporan GDP AS semalam yang lebih baik dari jangkaan, pada 2.1% berbanding 2.0% dan 1.5% pada sebelumnya; terus mengukuhkan kes Feds untuk menaikkan kadar pada Disember depan.