Dollar CAD jatuh lebih 120 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3180 sebelum menutup sekitar paras 1.3195; setelah menyentuh rekod yang tinggi. Pemulihan harga minyak semalam membantu menyokong Loonie. Presiden Federal Reserve New York, William Dudley berkata hari ini bahawa kenaikan “interest rate” pada bulan depan kelihatan “kurang menarik” berdasarkan keadaan pasaran semasa dan berita membimbangkan yang keluar dari China.
Beberapa penganalisis mengatakan kurang kemungkinan untuk Federal Reserve AS menaikkan kadar pada bulan September kerana krisis pasaran. Bank of Canada telah membuat dua penurunan kadar pada tahun ini, sekaligus memberi tekanan kepada “loonie”, tetapi jika Fed tiada tindakan pada bulan depan, ianya boleh membawa kelegaan untuk dolar Kanada.
Lantunan harga minyak dan pemulihan pasaran global membantu dolar Kanada pulih sedikit. Lebihan minyak global telah membawa harga minyak ke paras yang lebih rendah dalam tempoh tujuh minggu lalu. Pengeluaran dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) adalah pada paras tertinggi dan khabar angin bahawa kartel minyak itu mungkin mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengurangkan pengeluaran telah disangkal oleh Arab Saudi.
Sementara itu, Agensi Maklumat Tenaga Amerika Syarikat melaporkan bahawa inventori minyak mentah menurun sebanyak 5.5 juta tong pada minggu lepas, tetapi minyak dalam simpanan kekal pada tahap yang tertinggi dalam tempoh 80 tahun. Pada masa yang sama, simpanan petrol dan sulingan lain juga semakin meningkat.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !