Dollar CAD yang jatuh lebih 95 pips sepanjang pagi Eropah, kembali memacu naik lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 1.2920 sebelum menutup sekitar paras 1.2945; selepas kenyataan mesyuarat FOMC bahawa ekonomi dan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat sudah semakin kukuh untuk menghadapi kenaikan “interest rate” yang dijangka seawal September ini.
Di pasaran komoditi, minyak mentah naik mendadak, lebih $2 setong ke paras tetinggi $49.50 sebaik sahaja mesyuarat FOMC mengeluarkan kenyataannya. Ekonomi yang semakin pulih, dijangka bakal menggunakan lebih banyak bahan api untuk menjana aktiviti ekonomi. Namun keadaan ini tidak banyak mempengaruhi kekuatan CAD buat masa ini.
Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan GDP suku keduanya yang dijangka meningkat dari -0.2% kepada 2.6% dan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 255 ribu kepada 268 ribu. Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni