Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3185 ke serendah 1.3140, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah pasaran mula menumpukan perhatian kepada laporan pekerjaan AS yang bakal dilaporkan hari ini dan sentimen perbezaan kadar antara Federal Reserve AS dan Bank of Canada.
Perbezaan kadar akan menjejaskan permintaan untuk “loonie”, jika dan apabila Federal Reserve AS memutuskan untuk menaikkan kadar, mungkin seawal suku pertama tahun 2016. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa Feds adalah lebih dekat dengan menaikkan kadar manakala Bank of Canada dijangka tidak akan mengkaji semula kadar dalam tempoh terdekat.
[adrotate group=”6″]
Bank of Canada terpaksa merendahkan kadar dua kali tahun ini, disebabkan oleh harga tenaga yang rendah, seperti minyak mentah, yang mana tidak ada kenaikan harga dijangka sehingga akhir 2016. Pada masa yang sama, terdapat masalah penting dari perkembangan ekonomi domestik, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Kanada yang memberi tekanan negatif yang berterusan terhadap “loonie”. Jika trend semasa berterusan, Dollar Kanada mungkin benar-benar akan menjunam turun ke separuh dari nilai Dollar AS.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data pekerjaan, dimana sektor bukan perladangan (NFP) dijangka menambah pekerjaan sebanyak 179 ribu berbanding 142 ribu pada bulan lepas. Kadar pengangguran pula dijangka jatuh dari 5.1% kepada 5.0% dan pendapatan purata sejam dijangka meningkat dari 0% kepada 0.2%. Kanada pula akan melaporkan angka pekerjaan yang dijangka turun dari 12,100 kepada 9,700 dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 7.1%.