Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.35 ke serendah 119.55, sebelum menutup sekitar paras 119.90; setelah permintaan untuk ‘safe-haven’ Yen mula reda. Awal bulan lalu bank pusat AS mengumumkan bahawa ia tidak akan mengangkat kadar tetapi Pengerusi Feds Janet Yellen telah memberikan petunjuk yang jelas bahawa mereka akan mencari untuk menaikkan kadar sebelum akhir tahun ini.
Pasaran Saham global juga merosot ke paras terendah dalam dua tahun dan harga komoditi berada pada paras terendah tahunan ekoran kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi di China. Bercakap di New York semalam, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata, usaha yang lebih diperlukan untuk menarik ekonomi keempat terbesar dunia itu daripada deflasi.
[adrotate group=”6″]
Beliau minggu lalu berikrar untuk meningkatkan GDP Jepun sebanyak hampir satu perempat kepada ¥600 trilion ($5 trilion), berikrar untuk memberi tumpuan semula kepada ekonomi selepas berlalunya kontroversi bil keselamatan yang menghakis populariti beliau.
Di pasaran Amerika Syarikat, dolar terus kekal lebih kukuh di atas zon ¥119 pagi Rabu di Tokyo, apabila sentimen pengambilan risiko agak baik selepas data keyakinan pengguna AS yang dilaporkan mengatasi jangkaan pasaran. “Data US yang bertambah baik telah mengurangkan mood ‘risk-off’ dalam pasaran,” menurut Daisaku Ueno, ketua strategi pertukaran asing di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities Co.