Dollar Yen menjunam lebih 65 pips Jumaat lalu, dalam sejam pertama apabila data NFP Amerika Syarikat dilaporkan, sebelum menutup sedikit lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 119.75 untuk mengakhiri minggu lepas dalam suasana para pedagang yang bersedia untuk rangsangan tambahan daripada Bank of Japan.
Yen Jepun lemah sedikit selepas minit mesyuarat lembaga BoJ pada April lalu, tiada menunjukkan perubahan pada pandangan ekonomi. Di New York pada hari Khamis, Dollar mengambil kelebihan berbanding ‘safe-haven’ Yen selepas tuntutan pengangguran mingguan baru AS dilaporkan di bawah jangkaan pasaran, kata para pedagang.
Dolar memacu naik lebih tinggi berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain pada hari Khamis, selepas data menunjukkan bahawa jumlah orang yang memfailkan tuntutan bantuan pengangguran di Amerika Syarikat meningkat kurang daripada yang dijangkakan minggu lepas. Jumaat pula data NFP dan kadar pengangguran dilaporkan lebih buruk dari jangkaan tetapi stabil.
Dalam laporan itu, Jabatan Buruh AS berkata bilangan individu yang memfailkan faedah bantuan awal pengangguran pada minggu yang berakhir 2 Mei, meningkat sebanyak 3 ribu kepada 265 ribu, daripada minggu sebelumnya sebanyak 262 ribu. NFP pula menambah 223 ribu pekerjaan berbanding 228 ribu jangkaan. Data sebelumnya pula dikemaskini lebih rendah, dari 126 ribu kepada 85 ribu. Pengangguran pula berkurangan 0.1% kepada 5.4% seperti jangkaan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni