Dollar Yen merudum lebih 145 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 123.80 sebelum menutup sekitar paras 124.20; setelah kebimbangan melanda Wall Street dan pasaran ekuiti global yang lain ekoran pusingan baru perang mata wang dengan penurunan nilai yuan dan pertumbuhan perlahan ekonomi China.
Indeks saham AS merosot lebih daripada 1% dan saham juga jatuh di Asia dan Eropah selepas para pelabur mempertimbangkan implikasi langkah yang direka bentuk untuk menyokong ekonomi perlahan China dan eksport. Para pelabur kini tertanya-tanya sama ada penurunan nilai yuan akan mengekalkan Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar pada September seperti jangkaan ramai.
Persoalan besar sekarang untuk pasaran membangun, di mana pertumbuhan ekonomi telah menjadi perlahan dan pengeluaran modal telah meningkat; sama ada pegawai-pegawai negara mereka akan bertindak balas kepada langkah China. “Yang penting adalah reaksi bank-bank pusat yang lain. … akan ada tekanan kepada mata wang rakan perdagangan China, ” menurut Nick Lawson, pengarah urusan di Deutsche Bank di London.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni