Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi sekitar 123.80 ke serendah 123.15, sebelum menutup sekitar 123.40; selepas data PPI dan “consumer sentiment” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Indeks PPI bulanan dilaporkan sedikit tinggi dari jangkaan, 0.5% berbanding 0.4%, dan -0.4% pada sebelumnya. “Consumer sentiment” pula meningkat 94.6 berbanding 91.3 jangkaan dan 90.7 pada sebelumnya.
Mata wang Amerika mendapat beberapa mata pada sesi pagi. Yen jatuh berbanding Dollar dan Euro pada Khamis, dengan ‘buy-on-dip’ yang masuk untuk membawa mata wang Amerika itu kembali dari tahap rendah yang disebabkan oleh komen dari ketua Bank of Japan sehari sebelumnya. Seseorang yang hampir dengan kerajaan Jepun mencadangkan, bahawa pentadbiran Perdana Menteri Shinzo Abe tidak senang dengan komen Gabenor Haruhiko Kuroda – satu kenyataan yang turut membantu memacu semula mata wang Amerika itu.
Sumber itu berkata, ketua bank pusat Jepun tidak bercakap bagi pentadbiran Abe apabila beliau membuat komen-komen yang mencetuskan kenaikan mendadak yen. Pegawai-pegawai kerajaan umumnya melihat Kementerian Kewangan mempunyai kawalan dasar pertukaran asing dan mengambil pandangan yang samar-samar tentang kenyataan oleh pegawai-pegawai bank pusat yang menyebabkan turun naik yang mendadak dalam pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni