Dollar Yen yang susut lebih 120 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.40 kembali memacu naik lebih 105 pips pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras 120.40; setelah komen dari Bank of Japan yang mengekalkan dasar sedia ada buat masa ini dalam mesyuarat dua harinya itu.
Para pedagang mencari petunjuk bahawa BoJ akan menyuntik rangsangan tambahan. Bank pusat itu secara meluas dijangka mengekalkan dasar kewangan semasa, tetapi data ekonomi yang lemah sepanjang minggu kebelakangan ini, telah meningkatkan spekulasi bahawa BoJ boleh bertindak untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara matahari terbit itu.
[adrotate group=”6″]
“Walaupun ransangan tambahan tidak dijangka, mungkin ada sebilangan kecil yang mempunyai harapan untuk kejutan ransangan pada hari ini. Oleh itu, saya menjangkakan yang yen boleh mendapat permintaan jika tidak ada perubahan dasar,” menurut Osao Iizuka, ketua dealer di Sumitomo Mitsui Trust Bank. “Tetapi pada masa yang sama, kenaikan yen dijangka terhad kerana ramai pelabur berfikir BoJ akan menambah ransangan pada masa akan datang,” tambahnya lagi.