Dollar Yen memacu naik lebih 60 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.70 sebelum menutup sekitar paras 120.55; setelah laporan bulanan BoJ dikeluarkan pagi semalam. Minggu ini Bank of Japan mengekalkan kadar dan dasar tetapi para pedagang yakin bahawa bank pusat Jepun itu akan menyuntik rangsangan tambahan. Pegawai-pegawai Bank of Japan mengundi untuk mengekalkan dasar dengan pembelian aset pada kadar ¥80 trilion setahun.
Keputusan tersebut telah dijangka secara meluas, walaupun laporan AP berkata terdapat sebilangan kecil pakar-pakar yang membuat spekulasi, bahawa BoJ boleh mengejutkan pasaran dalam pembelian aset untuk memerangi tanda-tanda pemulihan ekonomi yang goyah baru-baru ini.
[adrotate group=”6″]
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dasar dua hari BoJ itu, di mana tiada tindakan baru diambil; Gabenor Haruhiko Kuroda berkata ekonomi negara-negara membangun melemahkan eksport dan pengeluaran Jepun. Ini memberikan gambaran kepada pelabur bahawa ransangan tambahan mungkin datang tidak lama lagi.