Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 30 pips dari paras tertinggi harian sekitar 124.50 ke serendah 124.20; walaupun mata wang Amerika itu diniagakan dalam mood yang agak positif. Terdapat sedikit tindakan dalam sesi Asia dan permintaan berpindah kepada dolar. Tindakan People Bank of China menyerlahkan peningkatan tahap kebimbangan terhadapa kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, eksport China pada bulan Julai adalah 8.3% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, selepas kebimbangan bahawa kekuatan yuan itu menjadikan eksport China tidak kompetitif. Mata wang yang kuat membuat eksport sesebuah negara itu lebih mahal, yang seterusnya mengurangkan jumlah eksport dan menghakis apa-apa lebihan dagangan.
Ekonomi Jepun menguncup pada suku lepas apabila pengguna dan perniagaan mengurangkan perbelanjaan, meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri Shinzo Abe untuk kembali fokus kepada dasar-dasar ekonomi “Abenomics.” Ekonomi Jepun menguncup 0.4% pada suku April-Jun, menurut kerajaan apabila kebimbangan masih berlegar-legar didalam dasar pertumbuhan kerajaan.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !