Dollar Yen melonjak naik lebih 80 pips sepanjang 3 sesi dagangan Isnin semalam, dari paras terendah harian sekitar 119.20 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 119.95; setelah Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari jangkaan data-data ekonomi Amerika Syarikat minggu ini yang dilihat bertambah baik, terutamanya dengan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Kadar tukaran USD|JPY telah berada dalam julat dagangan setinggi 120.00/50 ke serendah 118.80/119.00 selepas data AS yang lebih lemah menunjukkan pemulihan dalam ekonomi nombor satu dunia itu mungkin tidak sekuat yang dijangkakan, menjadikan kenaikan “interest rate” dijangka mungkin bukan dalam masa terdekat. Pengeluaran perindustrian AS jatuh 0.3% pada bulan April, kejatuhan 5 bulan berturut-turut, menurut Federal Reserve; manakala indeks sentimen pengguna AS dari Universiti Michigan, menjunam kepada 88.6 pada Mei daripada 95.9 pada bulan April.
“Pelabur mungkin memulakan minggu ini dalam mood berhati-hati, kerana mengasimilasikan kesan data AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan krisis hutang Greece,” menurut Ric Spooner, ketua penganalisis pasaran CMC di Sydney dalam satu emel kepada klien mereka. “Kenaikan interest rate Federal Reserve kini dijangka sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan lagi. Ini sudah tentu menyokong pasaran ekuiti, tetapi ia juga bermakna bahawa prospek pertumbuhan ekonomi dunia masih lemah” menurutnya dalam temubual bersama Bloomberg News.