Dollar Yen menyusut lebih 115 pips Jumaat lalu, dalam dagangan “ranging” sepanjang minggu lepas. Kadar tukaran USD|JPY yang masih dalam fasa “downtrend”, kini berdepan dengan “uptrendline support” pada carta harian. Pivot bulan Januari sekitar 119.10 masih teguh memberi “resistance” pada sebarang kenaikan nilai USD|JPY. Morgan Stanley dalam satu kenyataan kepada pelanggannya, menjangka nilai USD|JPY bakal mencapai 123 Yen bagi setiap Dollar pada pertengahan tahun ini.
Para pelabur diberitakan semakin yakin Federal Reserve Amerika Syarikat bakal menaikkan “interest rate” tahun ini, selewat-lewatnya pada suku ke-4 atau seawal-awalnya Jun ini; selepas Feds menilai semula perkembangan ekonomi AS dan memberi kenyataan dalam mesyuarat FOMC minggu lepas. Dollar dijangka dibeli semula oleh para pelabur korporat Jepun, ekoran kenyataan Bank of Japan tempoh hari yang membuka peluang kepada program “Abenomics” versi 2.0
Hari ini Dollar dijangka kembali menguasai pasaran, apabila “manufacturing PMI” bakal dilaporkan stabil pada 55.5, dan beberapa data berimpak sederhana US yang bakal dilaporkan malam nanti. Tiada sebarang laporan ekonomi dari Jepun.
Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI