Dollar Yen melonjak lebih 90 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.65 sebelum menutup sekitar paras 120.55; setelah pasaran terus menilai kenyataan mesyuarat dan sidang akhbar FOMC Federal Reserve AS dengan pasaran Jepun yang bercuti semalam. Keputusan Feds AS untuk menangguhkan kenaikan kadar terutamanya kerana ketidaktentuan pasaran dan ekonomi China mengganggu beberapa ahli ekonomi dan pelabur.
Biasanya, bank pusat AS itu memberi tumpuan kepada ekonomi Amerika Syarikat untuk menentukan haluan dasar monetari dan jarang menyebut perkembangan asing untuk menjustifikasikan keputusan kadar. Kali ini, ianya berbeza. “Fed memutuskan bahawa semua isu-isu ekonomi dan kewangan di dunia adalah penting dan memandangkan keadaan ekonomi dan kewangan global yang tidak menentu, permulaan kenaikan kadar harus ditangguhkan,” menurut ahli ekonomi Joel Naroff.
[adrotate group=”6″]
Era yen yang lemah akan berakhir dan mata wang Jepun hendak ditetapkan pada sekitar 115 yen bagi setiap dolar, menurut Eisuke Sakakibara, bekas timbalan menteri kewangan Jepun. Yen hampir tidak berubah pada sekitar 119.40 bagi setiap dolar selepas melonjak 0.5% pada hari sebelumnya apabila Federal Reserve AS mengekalkan kadar pinjaman asas pada 0.25%.