Dollar Yen terus merudum lebih 160 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 121.80 sebelum menutup sekitar paras 122.05; setelah mata wang Amerika itu terus menurun manakala para pedagang terus memantau Federal Reserve AS. Yen Jepun diperkukuhkan, sebanyak 0.1% kepada ¥123.29 setiap dolar, dirangsang oleh bacaan PMI yang positif dan status ‘safe-haven’ yen.
Permintaan yang mendadak untuk aset dan matawang ‘safe-haven’ menolak kadar pulangan bon jangka panjang kerajaan AS ke tahap paling rendah sejak April, dan emas ke paras tertinggi dalam tempoh lima minggu. Dalam suasana tidak menentu yang semakin meningkat, Indeks Turun Naik Lembaga Pilihan Chicago Exchange melonjak sebanyak 25.5% kepada 19.14, paras tertinggi sejak pertengahan bulan Julai dan langkah yang paling besar sejak peningkatan sebanyak 34.5% pada 29 Jun.
Pasaran saham jatuh pada hari Jumaat, selepas kaji selidik menunjukkan kilang-kilang di China menguncup pada kadar terpantas sejak krisis kewangan global pada tahun 2009, sekaligus menggesa para pelabur bergegas kepada keselamatan dalam bon dan emas. Kadar pulangan bon Perbendaharaan AS juga turun lebih rendah terutamanya selepas minit mesyuarat Federal Reserve pada Julai menawarkan hanya sedikit petunjuk untuk kenaikan kadar dalam masa terdekat, sekaligus memalapkan jangkaan kenaikan pada bulan September.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !