Dollar Yen yang jatuh lebih 115 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.20, kembali memacu naik pada lewat petang sesi New York sebelum menutup sekitar paras 120.05; setelah kebimbangan berterusan mengenai ekonomi China memberati pasaran dan membantu sokongan belian untuk ‘safe-haven’ yen.
Di Amerika Syarikat dan Eropah, pelabur sebahagian besarnya menolak satu lagi bacaan ekonomi yang lemah di China. Penunjuk aktiviti pembuatan di China jatuh ke paras enam setengah tahun terendah. “Kelemahan China bukanlah satu lagi kejutan yang sangat besar,” menurut Sean Shipley, ketua strategi pasaran di Credit Suisse. Penurunan nilai yuan China yang tidak dijangka pada bulan lalu, menghidupkan semula kebimbangan mengenai kadar pertumbuhan ekonomi ketiga terbesar dunia itu.
[adrotate group=”6″]
Minggu lalu, kebimbangan pertumbuhan luar negara mendorong Federal Reserve AS untuk melambatkan kenaikan kadar pertamanya dalam hampir satu dekad. Seperti yang disaksikan banyak kali sebelum ini, jualan besar-besaran dalam pasaran ekuiti global telah membantu untuk meningkatkan yen Jepun. Peningkatan dalam sentimen terhadap risiko, sebahagian besarnya kerana penstabilan pasaran kewangan di China, menyaksikan kadar tukaran USD/JPY memanjat kembali di atas paras 120.
Di pasaran Jepun, Perdana Menteri Shinzo Abe dikatakan akan mengumumkan rancangan untuk meningkatkan keluaran dalam negara kasar (GDP) kepada ¥600 trilion ($5 trilion) apabila beliau kembali menumpu kepada dasar ekonomi, lapor penyiar kebangsaan NHK semalam.