Dollar Yen kembali melonjak lebih 70 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 123.80 sebelum menutup sekitar paras 123.55; setelah para pedagang memasuki dan memerhatikan pasaran menjelang mesyuarat FOMC yang bermula hari ini. Terdapat data yang sangat sedikit di Asia tetapi kejatuhan dalam pasaran ekuiti China terus mengganggu para pedagang.
Tumpuan adalah sama ada Dollar boleh melambatkan kejatuhannya sebelum mesyuarat FOMC, di mana bank pusat AS boleh memberi sedikit tanda untuk masa kenaikan “interest rate”. Dollar AS susut berbanding Yen Jepun pada Isnin, kerana permintaan pelabur bagi aset yang lebih selamat, meningkat di tengah-tengah pasaran ekuiti global yang merudum.
Di luar negara, pasaran saham Cina merosot, apabila para pelabur terkesima oleh data ekonomi yang lemah, sekaligus menjual saham mereka untuk mengaut keuntungan berikutan kenaikan minggu lepas. Ini telah menenggelamkan indeks petunjuk pasaran ke paras kejatuhan satu hari yang palin teruk dalam tempoh lapan tahun.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni