Dollar Yen yang terus memacu naik lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, merudum kembali lebih 70 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 122.95 sebelum menutup sekitar 123.05; sebaik sahaja laporan NFP Amerika Syarikat disiarkan pada 223 ribu, meleset dari jangkaan 231 ribu dan data sebelum ini juga dikemaskini lebih rendah kepada 254 ribu. Walau bagaimanapun kadar pengangguran turun dari 5.5% kepada 5.3% berbanding jangkaan 5.4%.
Dengan ketiadaan data ekonomi berimpak tinggi dari Jepun, dan pasaran Amerika Syarikat yang bercuti hari ini sempena Hari Kemerdekaan AS esok 4 Julai, pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati dan ‘ranging’.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni