Dollar Yen meningkat lebih 65 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.00 sebelum menutup sekitar paras 123.90; selepas mesyuarat FOMC mengesahkan bahawa ekonomi dan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat bertambah baik sekaligus memungkinkan kenaikan “interest rate” seawal mesyuarat FOMC yang akan datang pada September.
Di pasaran Jepun, jualan runcit Jepun jatuh untuk kali ketiga tahun ini, justeru menjejaskan ekonomi yang menurut penganalisis berjuang pada suku lepas berikutan eksport dan pengeluaran yang lembap. Jualan susut 0.8% dari Mei, berikutan penurunan pada bulan Januari dan Mac. Ramalan median dalam bancian oleh Bloomberg adalah untuk penurunan sebanyak 0.9%.
Kelemahan dalam perbelanjaan pengguna, menambah risiko kepada ekonomi keempat terbesar dunia itu, yang mana sektor pembuatan telah berjuang dengan kelemahan eksport ke Asia. Tugas Perdana Menteri Shinzo Abe adalah untuk meyakinkan syarikat-syarikat supaya terus meningkatkan gaji, bagi membantu pengguna mengimbangi kenaikan kos hidup yang dilihat meningkat cepat pada tahun ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni