Dollar Yen susut lebih 100 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.65 sebelum menutup sekitar paras 120.05; setelah pasaran ekuiti global menghadapi pergolakan baru yang didorong oleh kebimbangan mengenai kelembapan yang mungkin berterusan di China.
“Mata wang secara semulajadi sensitif kepada turun naik dalam pasaran ekuiti dan komoditi” menurut Kit Juckes, ahli strategi pertukaran asing global di Societe Generale. Pasaran ekuiti, selepas menikmati kenaikan yang lama, terkesan dari dasar ultra-longgar monetari Federal Reserve AS, berada di pinggir menunggu kenaikan kadar pertama lebih daripada sembilan tahun, tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Feds AS dijangka menimbang menaikkan kadar hampir sifar pada mesyuarat September 16-17 ini, tetapi prospek tersebut masih kabur. “Mungkin, setelah kenaikan kadar pertama akhirnya di belakang, kita akan menyaksikan pasaran yang lebih tenang,” menurut Juckes.