Dollar Yen kembali memacu lebih 60 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.80 sebelum menutup sekitar paras 124.60; setelah akaun semasa Jepun dilaporkan suram. Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak ¥558.6 bilion pada bulan Jun, berbanding jangkaan lebihan sebanyak ¥785.9 bilion selepas lebihan ¥1.88 trilion yen pada bulan Mei, menurut Kementerian Kewangan Jepun pada Isnin
Pada masa yang sama eksport tahunan meningkat 5.6% kepada ¥6.456 trilion selepas penurunan 0.1% pada bulan sebelumnya. Import tahunan mengurang 4.6% peratus kepada ¥6.353 trilion selepas tergelincir 10.3% pada sebelumnya. Akaun modal pula mempunyai defisit sebanyak ¥11.3 bilion yen, manakala akaun kewangan melihat kekurangan sebanyak ¥265.4 bilion.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni