Dollar Yen susut lebih 45 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 120.10 sebelum menutup sekitar paras 120.20; setelah para pedagang menunggu mesyuarat Bank of Japan hari ini. Dalam pada itu, pertumbuhan upah di Jepun dilaporkan perlahan pada bulan Ogos, dan bonus musim panas jatuh dari tahun lepas, satu tanda yang tidak menggalakkan bagi pengguna yang perlu diawasi oleh pembuat dasar BoJ.
Bank of Japan sedang berada di bawah tekanan untuk menawarkan lebih banyak rangsangan ekonomi apabila pasaran semakin bimbang tentang kemelesetan ekonomi Jepun. Pasaran membuat spekulasi berterusan, bahawa Bank of Japan boleh melonggarkan dasar kewangan dengan lebih lanjut, sama ada minggu ini atau lewat bulan ini, terutama apabila risiko kemelesetan bertambah besar.
[adrotate group=”6″]
Bank of Japan dijangka mengekalkan dasar monetari hari ini, serta berharap bahawa pasaran kerja yang semakin kukuh akan meningkatkan gaji dan penggunaan secukupnya, bagi mengimbangi kemelesetan terkesan daripada kelembapan di China. Sesetengah pelabur membuat spekulasi bahawa Gabenor Haruhiko Kuroda boleh menambah ransangan minggu ini untuk memberi kejutan kepada pasaran.
Tetapi peluang untuk perkara ini berlaku, dilihat tipis dengan ramai pembuat dasar di BoJ yang teragak-agak untuk memperluaskan program yang sudah pun radikal, menurut sumber yang biasa dengan pemikiran BoJ ini.