Dollar Yen melonjak lebih 135 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.20 sebelum menutup sekitar paras 119.80; setelah pasaran menunjukkan sedikit reaksi kepada angka GDP dan imbangan perdagangan Jepun yang lebih baik dari jangkaan. Ahli ekonomi meramalkan semakan GDP untuk menunjukkan penguncupan 0.4% peratus, sama seperti angka sebelumnya.
Satu laporan berasingan menunjukkan lebihan dagangan negara matahari terbit itu adalah ¥1.81 trilion, lebih luas daripada anggaran ahli ekonomi sebanyak ¥1.73 trilion. Perniagaan mengurangkan pelaburan mereka lebih daripada anggaran pertama, dalam menolak seruan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk syarikat-syarikat Jepun menggunakan pegangan tunai mereka dan peningkatan dalam keuntungan ke dalam perbelanjaan modal.
[adrotate group=”6″]
Perdana Menteri Shinzo Abe Selasa semalam, memenangi penggal kedua pemimpin Parti Liberal Demokratik, dan dengan itu sebagai perdana menteri. Menjelang pemilihan parti, beliau mengeluarkan kenyataan di mana beliau berjanji untuk mengekalkan ekonomi sebagai tumpuan utama beliau.