Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Akhbar-akhbar United Kingdom dilihat berat sebelah, berpihak kepada Brexit semasa kempen referendum UK-EU Jun lalu.
Menurut kajian oleh Reuters Institute for the Study of Journalism (RISJ), Daily Express mengeluarkan informasi yang paling banyak berpihak kepada Brexit.
Kajian yang dijalankan menganalisa sebanyak 3,403 artikel daripada 9 akhbar nasional selama 3 bulan sehinggalah tarikh 23 Jun, tarikh referendum dijalankan.
RISJ mendapati sebanyak 41% artikel pro-Brexit manakala hanya 27% sahaja berpihak kepada Bremain.
Kajian memecahkan peranan setiap akhbar semasa kempen referendum tersebut. Tidak mengejutkan, akhbar pro-UKIP, mempunyai peratusan paling tinggi mempunyai artikel yang menyokong Brexit.
Daily Mail, The Sun, Daily Graph semua berpihak kepada Brexit manakala Daily Mirror, Guardian dan Financial Times berpihak kepada Bremain.

























































