Menurut satu temu bual bersama dengan WSJ, seorang pegawai Fed, Esther George memberi kenyataan bahawa beliau melihat prospek ekonomi adalah pada tahap sederhana.
Justeru, beliau memberi sokongan penuh kepada Yellen untuk pergerakan kadar secara beransur-ansur.
Laporan dari Amerika Syarikat sebelum ini menunjukkan data yang bercampur-aduk. Data perbelanjaan pengguna dan pasaran buruh dilihat mengukuh, manakala data pelaburan perniagaan masih melemah.
Pun begitu, output ekonomi dilapor berkembang 2% pada tahun ini.
Kesemua matawang berada dalam tempoh berhati-hati menanti simposium malam ini.
Jika Anda Tiada 3 Perkara Ini, Mungkin Anda Akan Kecundang Awal!