Aussie Dollar melonjak lebih 80 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $0.7242 sebelum menutup sekitar paras $0.7225; setelah Dollar AS melemah apabila pelabur mula mengambil untung belian sejak dua minggu lalu. Pada masa yang sama, Aussie ditolak lebih tinggi setelah laporan perbelanjaan modal dan pelaburan menunjukkan peningkatan untuk tahun rancangan kewangan berakhir Jun 2017.
“Tujuan pelaburan adalah sedikit lebih baik daripada yang kami risaukan, dan khususnya pelaburan dalam sektor perkhidmatan menunjukkan peningkatan yang baik.” menurut strategis Westpac Bank Mr Callow. Dalam pada itu, Dollar AS mencapai paras tertinggi sejak akhir Mac apabila indeks Dollar mencapai sekitar 95.60 mata pada Rabu lalu.
Dollar AS mendapat lonjakan baru apabila angka perumahan yang memberansangkan, sekaligus menyokong minit terbaru FOMC yang mencadangkan kenaikan kadar pinjaman seberapa segera sekiranya keadaan ekonomi AS adalah baik. Laporan perumahan tersebut menunjukkan jualan rumah baru mencapai paras lapan tahun tertinggi dan harga mencapai paras tertinggi dalam sejarah.
Hari ini Timbalan Gabenor RBA Guy Debelle akan berucap di Persatuan Pasaran Kewangan di New York dan beliau mungkin memberikan pandangan tentang masa depan ekonomi Australia. Malam nanti, Amerika Syarikat bakal melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku pertama 2016 yang dijangka meningkat dari 0.5% kepada 0.8% dan sentimen pengguna yang menurun dari 95.8 mata kepada 95.7 mata.