Aussie Dollar melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7557 sebelum menutup sekitar paras $0.7543; dalam dagangan tipis ekoran pasaran utama, termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ditutup sempena ‘Good Friday’ dan ‘Easter Sunday’. Sebelum daripada itu, Dollar mencapai kenaikan mingguan lebih 1% berbanding sekumpulan matawang utama, selepas komen-komen beberapa presiden Feds AS tentang kenaikan kadar seawal April depan.
Yang terbaru ialah Presiden Feds St. Louis James Bullard, yang mengatakan bahawa satu lagi kenaikan kadar AS “mungkin tidak jauh” dan menekankan peningkatan dalam pasaran buruh. ABN Amro mengatakan mereka percaya bahawa Reserve Bank of Australia mungkin akan menurunkan kadar rasmi, satu langkah yang tidak difaktorkan oleh pasaran kewangan. Ini jelas satu risiko menurun untuk kompleks Dollar Australia kerana permintaan untuk AUD dalam ‘carry trade’ akan berkurangan.
[adrotate group=”6″]
Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens, mengetepikan kritikan AS sambil mengatakan bahawa matawang Australia adalah “benar-benar” konsisten dengan sokongan Australia terhadap pasaran matawang terbuka dan bebas. Dan dia terbuka berkata, tidak seperti bank-bank pusat di Amerika Syarikat, Jepun dan Euro-Zone; RBA tidak mengamalkan dasar kewangan yang lemah – seperti program pembelian bon besar-besaran – dalam usaha untuk menolak matawang tempatan lebih rendah.
Ucapan Gabenor Stevens datang selepas pendedahan Perbendaharaan AS bahawa ia “melahirkan kebimbangan” terhadap pegawai-pegawai RBA yang cuba untuk mengubah arah Dollar Australia. Kritikan itu dibuat semasa kajian ekonomi Australia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada September lalu. Kritikan awam tersebut amat luar biasa, terutamanya pada masa ahli politik Amerika Syarikat bertindak balas kepada komen yang semakin meningkat terhadap dakwaan manipulasi kadar pertukaran oleh rakan dagangan Amerika.