Aussie Dollar kembali jatuh Jumaat lalu, lebih 60 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7170, sebelum menutup sekitar paras $0.7180; setelah Dollar AS kembali pulih dari kejatuhan sebelumnya, terkesan daripada permintaan yang kembali apabila laporan tuntutan bantuan pengangguran dan tempahan barangan tahan lama AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan.
Dengan ketiadaan sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia Jumaat lalu, dan laporan GDP Amerika Syarikat yang lebih baik dari sebelumnya, Dollar AS dijangka akan terus mendapat permintaan. Harga minyak mentah yang juga bercampur-campur tidak banyak membantu permintaan untuk Aussie, terutamanya di tengah-tengah sentimen pasaran yang melihat kenaikan kadar AS seawal Jun ini dan penurunan kadar RBA pada Ogos nanti.
Di pasaran Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama 2016 dilaporkan bertambah baik berbanding suku keempat 2015, dengan kenaikan daripada 0.5% kepada 0.8% dan selari dengan jangkaan pasaran; walaupun sentimen pengguna dilaporkan menurun daripada 95.8 mata kepada 94.7 mata berbanding jangkaan pasaran sebanyak 95.7 mata.
Hari ini Australia bakal melaporkan pendapatan syarikat swasta untuk suku pertama 2016 yang dijangka meningkat dari -2.8% kepada 0.5%. Amerika Syarikat bercuti sempena ‘memorial day’ hari ini.