Yen dan Aussie rebound dalam sesi ini berikutan peningkatan angka perdagangan dari China yang secara tidak langsung mengukuhkan keyakinan terhadap ekonomi serantau. Selain itu, GDP juga mencatat nilai yang membanggakan.
China yang juga merupakan pembeli logam berharga kedua terbesar di dunia selepas India itu melaporkan lebihan imbangan sebanyak $52.05 billion. Angka eksport bagaimanapun turun 2.8%. Sementara itu, angka eksport meningkat 1.5%.
Jepun sebelum ini melaporkan angka GDP meningkat 0.2% bagi jangka masa suku ke suku. Pertumbuhan sederhana di negara ini dijangka berterusan, namun, perbelanjaan pengguna dilihat semakin melemah berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
USD/JPY mula menurun kepada 0.14% manakala AUD/USD melonjak 0.12% selepas pengumuman data perdagangan.
Di Australia, data perdagangan meningkat A$2.41 billion, mengecil dari A$2.75 yang dicatat pada bulan Julai.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang AS kali terakhir disebut pada 94.80.
Ketahui pergerakan matawang pada awal sesi Asia disini!