AUD/USD melemah dengan pembukaan pasaran Tokyo hari ini, dan menyambung kelemahan ke paras harga 0.7540.
Pada hari ini minit mesyuarat RBA akan dikeluarkan pukul 9:30 pagi dan pasaran dilihat menantikan nada yang dovish atau hawkish daripada RBA.
Tumpuan utama kepada minit mesyuarat tersebut adalah berkenaan data inflasi.
Adakah RBA akan memotong interest rate?
Penganalisa Westpac, Imre Speizer berkata, “Kenyataan Julai RBA melihatkan data inflasi yang rendah yang mungkin akan menyebabkan pemotongan rate.”
Penganalisa di ANZ pula mengeluarkan kenyataan, “Minit mesyuarat RBA dijangka akan mengumpul maklumat-maklumat penting secara terperinci terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada ahli-ahli RBA untuk menganalisa dengan lebih baik mengenai perkembangan ekonomi dan inflasi sebelum membuat sebarang perubahan kepada dasar kewangan supaya impak perubahan tersebut lebih positif.