Penggubal dasar Bank of England, Ian Mccafferty berkata pelonggaran kuantitatif mungkin masih lagi diperlukan jika ekonomi UK masih lagi dalam keadaan negatif.
“Interest rate mungkin akan dipotong lagi, dijangka menghampiri 0% dan pelonggaran kuantitatif akan ditambah” menurut Ian.
Minggu lepas Bank of England telah memotong interest rate yang pertama sejak 2009, dan juga memperbaharui program pembelian bon dan berkata akan mengambil apa saja langkah yang diperlukan untuk mencapai semula kestabilan ekonomi Britain akibat Brexit.
Ian percaya pendekatan yang berperingkat adalah lebih baik diambil terhadap dasar kewangan melihatkan data ekonomi akibat Brexit masih lagi terhad.
Ian antara yang membangkang menaikkan jumlah pembelian bon daripada 357 billion ke 435 billion.
Dia juga berkata kepada akhbar kejatuhan Pound dan peningkatan harga import dijangka akan menyebabkan inflasi CPI akan meningkat sehingga 2019.
Ramai ahli jawatankuasa dasar kewangan menjangkakan akan berlakunya pemotongan interest rate lagi pada tahun ini jika ekonomi masih lagi tidak pulih.