US Dollar didagangkan dengan harga yang rendah melawan Canadian Dollar setelah Bank of Canada mengekalkan interest rate mereka seperti yang dijangka, baca di sini.
Walaubagaimanapun, data inventori minyak mentah yang kurang memberangsangkan semalam telah menyebabkan harga minyak mentah menurun dan ini sekaligus mengehadkan kekuatan CAD.
CAD adalah wang komoditi. Turunnya harga minyak mentah, maka lemah juga CAD.
Pasangan matawang USDCAD dilihat mencari support terendah sejak 7 Julai iaitu pada harga 1.2872 dan mencari resistance pada 1.3133, harga high pada hari selasa.
Dalam laporan mesyuarat dasar kewangan tersebut, BoC mengekalkan rate sebanyak 0.50% dan berkata inflasi di Kanada adalah pada landasan yang betul dan dijangka akan kembali kepada 2% pada tahun 2017 dan perkembangan positif itu akan diteruskan.
Namun begitu, kesan Brexit masih lagi tidak jelas dan sangat susah untuk dijangkakan.