Kiwi mencatat prestasi lebih baik dalam sesi ini selepas pengumuman data jualan runcit yang positif. Yen juga melonjak lebih kuat dan Aussie menurun sedikit apabila kebanyakan pelabur menanti keputusan data dari China.
USD/JPY didagang menurun 0.08%, manakala AUD/USD dinilai pada 0.7699.
Di New Zealand, Indeks Perniagaan New Zealand merosot kepada 55.8 pada bulan Julai.
NZD/USD didagang pada 0.7214 selepas mencatat kelemahan pada sesi sebelum ini.
Kemudian, China melaporkan pelaburan aset tetap bagi bulan Julai dengan kadar 8.8% dan pengeluaran perindustrian pada 6.1%. Selain itu, jualan runcit dijangka meningkat 10.5%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.90.
Semalaman, Dollar kekal stabil berbanding matawang utama yang lain. Pelabur juga sedia mengalihkan tumpuan mereka terhadap jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat.
Data tersebut amat dinantikan sebagai indikator yang lebih mendalam terhadap kekuatan ekonomi selepas data yang lemah diterbitkan pada awal minggu.
Jabatan buruh Amerika Syarikat berkata, bilangan individu yang memfailkan jumlah pengangguran menurun sebanyak 1,000 hingga 266,000 daripada jumlah minggu sebelumnya.
Jom recap 10 perkara penting yang berlaku dalam ekonomi dunia semalam, dipautan ini!