Harga emas kekal mengukuh dalam sesi Asia pada Jumaat selepas data harga pengguna dan pengeluar di China dilapor meningkat daripada jangkaan asal.
Emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.08% satu troy ounce.
Juga di Comex, silver futures dan copper futures masing-masing menunjukkan peningkatan.
China melaporkan bahawa data CPI bagi bulan September meningkat sebanyak 0.7%. selain itu, data PPI juga melonjak sebanyak 0.1%.
Salah seorang ahli Biro Perangkaan Kanan di China, Yu Qiumei mengatakan bahawa data yang positif ini menunjukkan tanda-tanda bahawa inventori dan jualan oleh industri utama semakin memulih.
Peningkatan harga komoditi antarabangsa juga menyokong kenaikan harga barangan domestik.
Semalam harga emas meningkat dalam sesi Eropah berikutan kelemahan US Dollar dan penurunan pasaran saham global.