Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD minggu ini menampakkan kerisauan para pelabur terhadap tindakan pelonggaran oleh European Central Bank.
Mario Draghi, Gabenor European Central Bank menyatakan keyakinan yang mantap terhadap ekonomi Eurozone menggunakan perkataan “bertahan” dalam beberapa ucapannya minggu ini memberitahu terdapat beberapa lagi pilihan untuk merangsang yang menguntungkan buat para pelabur.
Data Eurozone yang dikeluarkan adalah kurang baik dengan aktiviti sektor perkhidmatan yang perlahan, pengeluaran industri merudum dan lebihan dagangan yang menurun.
Menantikan minggu hadapan adalah kajian ZEW Jerman, trade balance Eurozone dan laporan harga pengguna namun semua ini tidaklah begitu signifikan buat pergerakan matawang Euro.