Euro telah melakukan junaman ke low bulanan melawan US Dollar setelah melakukan rejection pada harga 1.10 sebelum ini.
Pemangkin utama adalah disebabkan tembakan yang berlaku di Munich, Jerman.
Data ekonomi daripada Eurozone adalah lebih baik daripada yang dijangkakan dengan data PMI yang baik, menyokong keputusan mesyuarat ECB untuk wait-and-see terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melonggarkan atau tidak dasar kewangan mereka.
Mesyuarat ECB minggu lepas melihatkan Mario Draghi mahu melihat terlebih dahulu bukti-bukti pasaran ekonomi dan kewangan yang melemah sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Dasar kewangan sekarang masih lagi dalam keadaan baik dan dilihat ECB akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum melonggarkannya untuk melihat data-data yang dijadikan rujukan terlebih dahulu.
Sementara laporan IFO Jerman akan dikeluarkan pada minggu hadapan, penganalisa melihat tidak akan berlaku sebarang loss yang signifikan sehingga bulan depan kerana central bank England, Jepun, New Zealand, Australia dan Switzerland dijangka akan melakukan pelonggaran dasar kewangan mereka sebelum berakhirnya musim panas.
Jadi untuk trade Euro adalah lebih baik trade melawan matawang selain daripada US Dollar.