Tiada laporan ekonomi dikeluarkan pada isnin bagi Eurozone dan hari ini melihatkan laporan inflasi Jerman dan angka konfiden Eurozone akan dikeluarkan walaupun impaknya tidaklah begitu memberi kesan.
Walaupun laporan konfiden pengguna Jerman yang dikeluarkan minggu lalu tinggi, konfiden bisnes masih lagi lemah. Inflasi juga dilihat sangat rendah melihatkan komen dovish daripada ECB.
Coeure memberitahu yang ECB mungkin ada beberapa cara lain lagi untuk mencapai sasaran asalnya dan jika terpaksa, ECB akan mengambil langkah yang lebih jauh jika program lain tidak berkesan untuk menjaga kestabilan harga.
Berbeza dengan Amerika Syarikat yang hampir mencapai sasarannya, Eurozone sebaliknya. Pun begitu tidak ramai yang mahu interest rate di paras rendah.
Menteri Kewangan Jerman Schaeuble melihat interest rate yang rendah tidak akan membantu perkembangan ekonomi.
EUR/USD turun ke paras terendah apabila sesi New York ditutup dan mungkin mencari paras 1.1125 terlebih dahulu dan paras 1.1200 adalah paras yang menarik untuk sell.