Euro Dollar yang melonjak lebih 30 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1387, kembali merudum lebih 95 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1290, sebelum menutup sekitar paras $1.1295; setelah Euro kehilangan sokongan belian menjelang mesyuarat kadar ECB malam ini. Pada masa yang sama, jualan rumah AS yang dilapokan lebih baik dari jangkaan, membantu mengapungkan Dollar.
Di pasaran Eropah, ucapan Presiden ECB Mario Draghi pada pertandingan Generasi Euro di Frankfurt, tidak mendapat banyak reaksi dari para trader yang lebih menantikan mesyuarat malam ini untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas Euro. Pada masa yang sama, harga pengeluar di Jerman yang dilaporkan pada sifar, meleset dari jangkaan 0.2%, tidak membantu Euro untuk terus bertahan.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran AS, jualan rumah dilaporkan meningkat sebanyak 5.33 juta berbanding 5.07 juta pada sebelumnya, dan jauh lebih baik dari jangkaan sebanyak 5.29 juta; sekaligus mendorong pelabur menyokong Dollar, terutamanya dengan spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini. Inventori minyak AS pula dilaporkan bertambah hanya 2.1 juta tong berbanding 6.6 juta tong pada minggu lepas. Angka tersebut sedikit lebih baik dari jangkaan sebanyak 2.2 juta tong.
Malam ini ECB akan mengeluarkan keputusan kadar Euro-Zone yang dijangka kekal pada sifar dan AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 253 ribu kepada 265 ribu pemohon. Indeks pembuatan Feds Philadelphia juga dijangka berkurang dari 12.4 mata kepada 8.1 mata.