Euro Dollar terus merudum lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0910 sebelum menutup sekitar paras $1.0930; setelah data inflasi Jerman meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, laporan GDP AS yang begitu memberansangkan, terus menyokong pembelian Dollar AS setelah spekulasi kenaikan kadar kembali menguasai pasaran.
Di pasaran Eropah, inflasi Jerman dilaporkan negatif pada bulan Februari untuk kali pertama dalam tempoh lima bulan, sekaligus memberikan penyokong dasar pelonggaran monetari kekuatan untuk mesyuarat Bank Pusat Eropah pada bulan ini. Di negeri yang paling ramai penduduk North Rhine-Westphalia Jerman, inflasi tahunan perlahan kepada 0.1% daripada 0.6% pada bulan Januari.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis Capital Economics, Jessica Hinds berkata, data negeri itu mencadangkan bahawa inflasi Jerman selepas diselaraskan dengan Euro-Zone, menurun kepada -0.1% daripada +0.4% pada Januari. Angka tersebut berada di bawah ramalan konsensus ahli ekonomi Reuters yang meramalkan penurunan kepada sifar pada bulan Februari.
Kali terakhir inflasi Jerman menjadi negatif adalah pada bulan September 2015 dengan bacaan -0.1%. Bagi Euro-Zone pula, ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan kadar inflasi Februari, bakal jatuh kepada sifar daripada 0.3% pada bulan Januari dalam laporan yang dijangka keluar hari ini.