Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 63 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1528 ke serendah $1.1465; setelah ketiadaan laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone dan data ekonomi AS yang dilaporkan bercampur-campur. Pada masa yang sama, kebanyakan trader mula membuat persediaan menjelang laporan NFP esok.
Di pasaran AS semalam, laporan ekonomi keluar bercampur-campur dengan laporan ADP pekerja swasta menambah kurang dari jangkaan dan bulan sebelumnya. Hanya 156 ribu pekerjaan ditambah berbanding 194 ribu pada sebelum ini, dan pasaran menjangkakan penambahan sebanyak 205 ribu. Walau bagaimanapun, PMI bukan pembuatan dilaporkan pada 55.7 mata yang lebih baik dari 54.5 mata pada sebelum ini dan jangkaan pasaran sebanyak 54.9 mata.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu. Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.