Euro Dollar melonjak lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1045 sebelum menutup sekitar paras $1.1005; setelah trader mula membeli Euro sebelum laporan NFP, dengan jangkaan data pekerjaan AS tersebut akan lebih lemah dari jangkaan. Laporan NFP Jumaat lalu, lebih kepada bercampur-campur dengan angka NFP yang lebih baik tetapi pendapatan purata yang meleset dari jangkaan.
Data tersebut yang menambah kebimbangan mengenai pasaran buruh AS dan kini spekulasi bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar dalam masa terdekat, menurut ramai penganalisis. “Data NFP cukup lemah untuk menambah sentuhan kebimbangan kepada pasaran,” menurut Jason Leinwand, pengarah urusan di Riverside Risk Advisors New York. “Pasaran kini lebih jauh dari prospek kenaikan kadar Feds pada tahun ini.”, tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
Market News melaporkan bahawa tidak ada kata sepakat di kalangan bank-bank pusat untuk rangsangan tambahan, apabila mereka mengumumkan keputusan dasar mereka pada Mac 10 nanti. Terdapat spekulasi bahawa Presiden ECB Mario Draghi akan menggabungkan potongan dalam kadar deposit yang sudah negatif bersama rangsangan tambahan untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan mencegah deflasi.