Pound Dollar susut lebih 90 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4290 sebelum menutup sekitar paras $1.4300; setelah pasaran mula mengambil untung belian hasil kenaikan sejak awal bulan ini. Pada masa yang sama, pelabur mula bertukar arah membeli Dollar menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis ini.
Di pasaran UK, pelabur masih ragu-ragu untuk terus membali Sterling ekoran isu ‘Brexit’ yang bakal menentukan nasib Britain dalam EU yang akan diputuskan dalam referendum pada 23 Jun ini. Menurut pungutan suara YouGov yang terbaru, lebih ramai rakyat Britain yang mahu keahlian dalam EU dikekalkan.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis melihat 1 dalam 3 peluang untuk Britain keluar dari EU. Pelabur bimbang ‘Brexit’ akan menyebabkan aliran keluar pelaburan asing yang amat diperlukan oleh Britain untuk pemulihan ekonominya. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.