Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, didagangkan dari paras tertinggi harian sekitar $1,248.25/oz ke serendah $1,232.50/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,238.65/oz; setelah pasaran kembali tenang dan para pelabur mengambil keuntungan belian, selepas kenaikan lebih $200/oz sejak awal bulan Januari lalu.
Dagangan emas menghampiri paras tertinggi dalam setahun, ekoran gelombang pembelian ‘safe-haven’, namun pembeli tradisional aktif emas fizikal dalam pasaran utama Asia, tidak menunjukkan minat yang mendalam setakat ini. Pengguna di China dan India biasanya cenderung membeli emas dalam bentuk barang kemas, dan akan membeli sekiranya mereka melihat potensi kenaikan yang baik dan berpanjangan.
[adrotate group=”6″]
Kekurangan minat daripada China dan India – yang kedua-duanya menyumbang kira-kira 45% daripada permintaan emas dunia – boleh memberi kesan terhadap kenaikan terbesar logam itu dalam tempoh bertahun-tahun. Namun, pembelian panik syiling emas dan bar yang didahului oleh pengguna di negara Barat boleh mengurangkan kelemahan tersebut.
“Kami mempunyai pelanggan yang menelefon pagi ini dan memesan satu juta Dollar untuk emas,” menurut pengurus analisis dan strategi di Australia Perth Mint, sambil menambah bahawa pelanggan tersebut adalah pelabur individu dan bahawa pesanan tersebut adalah daripada pelanggan di negara Barat. Pelabur membanjiri logam berharga ekoran kebimbangan pasaran terhadap cengkaman kemelesetan global dan mula membeli aset ‘safe-haven.’
Nota dari Bank of America Merrill Lynch yang menjejaki pergerakan wang di seluruh pasaran global – menunjukkan bahawa minggu lepas, pelabur mencurahkan wang ke dalam pasaran logam berharga pada satu tahap tertinggi dalam tempoh enam tahun. Keseluruhannya, $1.6 bilion telah dibelanjakan untuk membeli emas dan logam berharga lain, termasuk perak dan platinum.