Harga emas meningkat lebih $20/oz Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,228.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,225.35/oz; setelah para pelabur kembali menjual pegangan mereka dalam pasaran ekuiti, ekoran dari kebimbangan terhadap ekonomi global yang mula perlahan. Indeks Dow Jones merosot ke paras terendah harian sekitar 16,403 mata sebelum menutup sekitar paras 16,431 mata.
Para pelabur terus memberikan reaksi terhadap angka inflasi Januari yang kukuh, apabila Indeks Harga Pengguna teras (CPI) pulih pada kadar tertinggi dalam tempoh empat tahun. Indeks tersebut, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat sebanyak 1.4% daripada 12 bulan yang lalu. Data tersebut mungkin menenangkan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang memihak kepada menaikkan kadar sebanyak empat kali pada 2016.
[adrotate group=”6″]
Bulan lepas, FOMC memikirkan untuk memperlahankan rentak kenaikan kadar, di tengah-tengah inflasi yang berterusan lembap. Inflasi jangka panjang masih kekal di bawah sasaran FOMC sebanyak 2%, bagi setiap bulan dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Berikutan data inflasi yang kukuh, FedWatch Kumpulan CME, meningkatkan kebarangkalian kenaikan kadar tunggal pada akhir mesyuarat Disember ini kepada 33.2% semalam.
Sebulan sebelum itu, kemungkinan satu kenaikan kadar pada 2016 berada pada 23.7%. Sebarang kenaikan kadar tahun ini dilihat sebagai penurunan harga untuk emas, yang berjuang untuk bersaing dengan aset yang memberikan pulangan tinggi, dalam persekitaran kadar yang semakin meningkat.