Harga emas jatuh lebih $33.75/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekiar $1,215.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,219.95/oz; setelah Dollar terus mendapat permintaan terkesan dari komen-komen terbaru dari beberapa presiden cawangan Federal Reserve yang mengatakan kenaikan kadar seterusnya boleh berlaku seawal April, sekiranya data-data ekonomi AS menyokong tindakan tersebut.
Awal minggu ini, presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart berkata bahawa kadar mungkin dinaikkan pada mesyuarat FOMC bulan depan. Kemudian presiden Feds Philadelphia Patrik Harker pula menyatakan perkara yang sama, dengan syarat ekonomi AS terus menerus bertambah baik, dan beliau mencadangkan tiga kenaikan sebelum akhir tahun ini. Minggu lepas pengerusi Feds Janet Yellen menurunkannya dari empat kepada dua.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran hadapan, logam berharga mengalami kejatuhan paling teruk dengan 3.22% dibawah sifar berbanding keseluruhan pasaran yang hanya jatuh 1.10% dibawah sifar. Bon kembali mendapat permintaan dengan prestasi pasaran terbaik bersama kenaikan sebanyak 0.44%. Ekuiti jatuh 0.99% di bawah sifar bersama matawang sebanyak 0.58% dibawah sifar. Index SP VIX kembali hijau buat pertama kali selepas 8 hari, meningkat lebih 5%, sekaligus menunjukkan sentimen pasaran yang kembali negatif.