Harga emas jatuh sejak sesi Asia ketika trader menunggu keputusan BoE jam 7pm malam ini.
Emas untuk penghantaran Ogos di Comex Devision, NYMEX jatuh pada kadar $11.05, atau 0,82% untuk didagangkan pada $1,332.55 troy ounce jam 07:06 waktu GMT.
Semalam kelihatan Emas menokok hampir 2000 pip untuk didagangkan pada 1347 US Dollar awal pagi tadi.
Emas dilihat berpotensi besar untuk membuat kenaikan oleh beberapa sebab berikut :-
– Kemungkinan Rate Cut dan stimulus oleh BoE
– Shinzo Abe PM Jepun memberikan “signal” kemungkinan ada rangsangan ekonomi
– ECB yang mengambil side dovish dengan menahan review polisi ke minggu hadapan
Oleh sebab-sebab di atas, Emas dilihat sebagai tempat selamat untuk menyimpan nilai, sekaligus bakal meningkatkan pegangan emas.
Ramai pedagang juga menganggap yang Fed bakal menunda kenaikkan rates berikutan Data Pekerjaan minggu lepas.
Kenaikan US Dollar bakal memberikan kesan kepada Emas yang mungkin mengalami penurunan.
Emas meningkat hampir 27% setakat July tahun ini.