Harga emas dilihat mengalami penurunan pada low 2 minggu lalu apabila pasaran Eropah dibuka hari ini dan ini dilihat berkaitan dengan cubaan gulingan kerajaan Turki tempoh hari.
Ahad lalu kerajaan Turki mengesahkan bahawa mereka telah mendapat kawalan sepenuhnya semula ke atas negara dan ekonomi setelah rampasan kuasa tentera berjaya dipatahkan pada jumaat lalu.
Jumaat lalu dilihat harga emas didagangkan dengan harga yang tinggi akibat dikejutkan dengan peristiwa cubaantersebut.
Pun begitu, harga emas masih lagi dalam keadaan bullish dan sehingga bulan ini telah mengalami kenaikan sebanyak 25%, dan dijangka akan terus menguat berikutan jangkaan Federal Reserve dilihat masih bernada dovish dan juga kesan Brexit serta masalah ekonomi negara Eropah.
Jangkaan perangsang dasar kewangan oleh beberapa buah negara dilihat bakal menguatkan harga emas kerana masih lagi dilihat sebagai safe haven yang bernilai.